Seni, sentimen dan sensitif.
Tiga perkara naluri dan perasaan manusia yang bersaling serta berkait rapat sesama sendiri. Tidak kira pada usia berapakah kita, dari pelajar sekolah dan universiti, dari pekerja biasa sehinggalah ke orang-orang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi dalam kelompok masyarat, sama ada yang tergolong dari lingkungan kawan-kawan dan saudara-mara sekeluarga; semua pasti akan berasa getaran jiwa yang sedemikian.
Tiga perkara naluri dan perasaan manusia yang bersaling serta berkait rapat sesama sendiri. Tidak kira pada usia berapakah kita, dari pelajar sekolah dan universiti, dari pekerja biasa sehinggalah ke orang-orang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi dalam kelompok masyarat, sama ada yang tergolong dari lingkungan kawan-kawan dan saudara-mara sekeluarga; semua pasti akan berasa getaran jiwa yang sedemikian.
Hidup kita semua berkomunikasi dan berinteraksi di antara satu sama
lain. Tidak dapat tidak, dalam satu hari setidak-tidaknya kita akan bercakap
dengan seseorang atau setidak-tidaknya kita akan berhubungan dengan seseorang
itu menggunakan telefon ataupun peranti internet. Sejak kecil kita diajar untuk
bercakap dan bertutur dengan betul. Biarpun perlahan, akhirnya kita mahir
berbicara dengan orang lain di sekeliling kita. Kita berbual dan bersembang
hari-hari. Kita berbincang dan berdebat. Kita bergaduh dan berselisih faham
kerana perbezaan pendapat dan persefahaman. Kita berdamai dan berbaik semula
juga dengah kaedah komunikasi lisan. Ada juga yang berinteraksi menggunakan
perantara. Antara contoh perantara itu adalah dengan tulisan, lukisan, filem,
lagu, buku, cerita dan macam-macam lagi kaedah yang dicipta manusia.
Dan sudah seringkali pula kita berhadapan situasi yang mana etika
berkomunikasi dan berinteraksi dalam undang-undang perhubungan sesama manusia
dicabar dan dicuba sekali-sekala. Orang dengan seni bual bicara dan kehalusan penyampaian
mesej atau idea mungkin menjadi penyebab kepada rasa yang beribu. Ini menjalar
menjadi sentimen. Kerana wujudnya sentimen adalah sisi manusia yang lazim dan
wajib. Manusia bersentimen kerana mereka ada hak untuk ditegakkan, ada ego
untuk ditunjukkan dan ada tanggungjawab untuk dilaksankan. Ibu dan ayah yang
gembira dengan kejayaan anaknya berjaya di menara gading, harapan cinta
terhadap kekasih kepada kekasih yang kesampaian, usaha dan kerja keras yang
bertemu hasil dan kesetimpalan ikhtiar dan macam-macam lagi adalah
sentimen-sentimen keperluan. Namun akhirnya nanti, sensitiviti akan muncul.
Manusia yang berseni, ada sentimen untuk terus menjadi sensitif.
Banyak case study yang membuktikan kenyataan aku itu. Jelas manusia
tergolong dalam golongan yang diberikan akal dan perasaan untuk diseimbangkan
dengan sebaiknya. Orang yang berilmu dan berpengalaman akan berseni dengan
sentimen dan sensitivi pada perkara-perkara yang wajar. Orang yang dangkal
hatinya dan lemah pendirian serta nipis halwa prinsipalnya, akan terjerumus
dalam perangkap seni ciptaan sendiri. Maka sentimen dan sentimentalisme sukar
dikawal dengan baik, justeru sensitiviti juga membuak-buak tidak tentu halanya.
Aku menjadi saksi kepada tingkah laku ini setiap hari tanpa gagal
(termasuk aku).
Ia memberikan banyak pengajaran, pengalaman, pencerahan, kesedaran
dan keadilan dalam meniti arus kehidupan. Hanya yang kuat dan kental akan
kehadapan. Hanya yang berani dan berpegangan mampu maju dan terus maju. Ikhlas aku
isytiharkan, seni itu indah pada yang bijak pada sentimen perasaan dan sensitif
jiwa dan akalnya.
No comments:
Post a Comment